PENGENALAN
Selain memberi pendidikan dan latihan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kolej Komuniti juga menyedia dan menawarkan kursus-kursus pendek kepada semua lapisan masyarakat setempat di bawah Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
PSH merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahirandan ketrampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan alam pekerjaan.
DASAR
Jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 20 April 2005 telah menimbangkan memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi no.296/2456/2005 dan bersetuju supaya Kolej Komuniti menjadi hub Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
KUMPULAN SASARAN
Kursus pendek adalah terbuka kepada semua lapisan Warganegara Malaysia yang berminat seperti :
a) Pelajar
b) Kakitangan industri dan swasta
c) Ahli kumpulan professional
d) Warga emas
e) Graduan
f) Kakitangan jabatan dan agensi kerajaan
g) Pesara
h) Suri rumah
YURAN KURSUS
Yuran pendaftaran kursus maksimum adalah RM20.00. Yuran-yuran lain bergantung kepada kursus.
TEMPOH KURSUS
Tempoh kursus bergantung kepada sukatan kursus yang dirancang dan dipersetujui bersama antara pelanggan dengan pihak Kolej Komuniti Bentong.
TEMPAT KURSUS
Tempat kursus ditentukan bersama antara pelanggan dengan pihak Kolej Komuniti Bentong sama ada di dalam atau di luar kolej yang berdekatan dengan pelanggan.
BILANGAN PESERTA
Bergantung kepada kluster kursus, tempat kursus dan peralatan yang digunakan.
JADUAL WAKTU KURSUS
Jadual waktu kursus bergantung kepada persetujuan bersama antara tenaga pengajar, peserta kursus da juga pihak Kolej Komuniti Bentong.
TENAGA PENGAJAR
a) Tetap – pensyarah Kolej Komuniti
b) Sementara – tenaga pakar dari industri
SIJIL
Sijil penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kursus mengikut tempoh yang ditetapkan.
Bagaimana Anda Tahu mengenai Kolej Komuniti Bentong??
(2 votes)
Kolej Komuniti Bentong Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.
Laman ini tertakluk kepada Dasar Privasi, Dasar Keselamatan yang dinyatakan.
Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibility View Activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024 x 768.