PENGENALAN
Permohonan pelajar bagi kemasukan ke program Sijil Modular Kebangsaan Kolej Komuniti telah di buka.
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat tanpa had umur, jantina dan bangsa.
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia.
- Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. (Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah)
- Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon.
- Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.
PENGAMBILAN DAN PEMOHONAN
Permohonan adalah secara ONLINE disini atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan dengan tempat anda.
1. Untuk mengakses e-Borang, calon perlu membeli nombor PIN yang berharga RM10.60 disemua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Sila pastikan anda membeli No. Pin mengikut kategori pemohonan yang betul.
2. Nombor Pin yang telah dibeli bagi permohonan Jun/Julai 2011 dalam sistem permohonan ILKA masih sah digunakan untuk permohonan kemasukan Januari 2012.
YURAN
Hanya RM10 sebulan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Ahad , 20 November 2011.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan boelh disemak mulai Hari Sabtu , 26 November 2011 melalui mana-mana kaedah berikut:-
Semakan boleh dibuat DISINI atau hubungi mana-mana kolej komuniti yang berdekatan.
Nota: Calon yang berjaya dijangka akan mendaftar pada minggu pertama Januari 2012.
PERTANYAAN PENGAMBILAN & KEPUTUSAN PERMOHONAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan boleh berhubung terus kepada:-
En Anas bin Harun : 012-5833368
En Wan Zulhafirie bin Wan Ahmad: 012-3061946
atau layari www.jpkk.edu.my / email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view itBagaimana Anda Tahu mengenai Kolej Komuniti Bentong??
(2 votes)
Kolej Komuniti Bentong Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.
Laman ini tertakluk kepada Dasar Privasi, Dasar Keselamatan yang dinyatakan.
Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibility View Activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024 x 768.